
Haikal (kuning) cuba melepasi pertahanan Selangor
4 dan 5 Disember 2010 telah berlansungnya kejohanan ragbi 7 sebelah sepasukan kebangsaan. Pertandingan yang setiap tahun diadakan ini telah menarik minat setiap negeri di Malaysia. Putrajaya buat julung kalinya telah menyertai pertandingan yang berprestij ini. Pemain dari Kolej Mara Banting telah menyertai latihan pusat yang telah diadakan pada 29 dan 30 November 2010 dan 7 pemain dari KMB telah terpilih untuk mewakili Putrajaya pada kali ini.
Putrajaya telah diundi dalam kumpulan B bersama Selangor dan Kuala Lumpur. Pertemuan pertama telah menemukan Putrajaya dan Kuala Lumpur. Perlawanan ini berlangsung sengit apabila Kuala Lumpur terlebih dahulu melakukan try. Namun, Putrajaya bangkit melalui try yang dilakukan oleh winger mereka, Shamim dan berjaya memenangi perlawanan apabila Qhufaizal melakukan try pada saat akhir.
Perlawanan kedua kumpulan menemukan Selangor dengan Putrajaya. Putrajaya yang dianggap sebagai "adik" telah memberi tentangan yang sengit kepada "abang" mereka. Ketika perlawanan hampir tamat, Putrajaya telah dikejutkan dengan try yang dilakukan oleh Selangor. Putrajaya menamatkan perlawanan di tempat kedua kumpulan dan diundi bertemu Kelantan pada peringkat suku akhir.
Pada peringkat suku akhir, Putrajaya telah memberi tentangan sengit kepada Kelantan yang dianggap antara pasukan pilihan. Mereka terlebih dahulu mendahului Putrajaya apabila berjaya melakukan try pada minit pertama perlawanan. Putrajaya bangkit pada separuh masa kedua melalui try yang dilakukan oleh prop mereka, Qhufaizal. Perlawanan berakhir dengan 5-5 dan dilanjutkan kepada masa tambahan. Kedua-dua pasukan gagal melakukan try dan Kelantan berjaya memenangi perlawanan melalui tendangan 'drop kick'.
Putrajaya yang gagal untuk mara ke separuh akhir cup telah berjaya melangkah ke perlawanan akhir plate bertemu Johor. Sebelum itu, mereka cemerlang menewaskan Terengganu 12-5. Permainan mantap yang ditunjukkan pemain center Putrajaya, Mohd. Hilmi telah berjaya membawa Putrajaya untuk menjuarai kategori plate. Mereka berjaya menumbangkan Johor dengan mata 19-12 dengan try masing-masing dilakukan Hilmi, Qhufaizal dan Haikal.
Pemain-pemain KMB yang mewakili Putrajaya:
1. Mohd. Shamim (lang)
2. Mohd. Hilmi (Pumba)
3. Muhammad Haikal
4. Arif Aizuddin
5. Alif Aufa (macha)
6. Nazrin Shah (yen)
7. Fauzi (pojie)
No comments:
Post a Comment